Keistimewaan dan Kelebihan Vitamin E Shaklee
Vitamin E adalah salah satu Vitamin yang larut lemak. Maksudnya ia memerlukan lemak baru boleh di serap dan dapat berfungsi dengan optimum dalam badan kita. Sebab itu badan kita juga perlukan lemak sihat untuk Vitamin larut lemak (Vitamin A,D,E,K) ni bekerja.
![]() |
Vitamin E Shaklee: Vita-E Complex |
Vitamin E adalah antioksidan yang sangat penting untuk kekalkan kesihatan yang baik. Antara Vitamin E yang bagus dan berkualiti adalah Vitamin E dari Shaklee. Mari Jeely kongsikan apa Keistimewaan Vitamin E Shaklee.
Keistimewaan dan Kelebihan Vitamin E Shaklee
Dalam Satu Kapsul Vitamin E mengandungi:
400IU Vitamin E: Sebiji kapsul Vitamin E Shaklee mengandungi 400iu Vitamin E dari sumber semulajadi. Iaitu dari minyak kacang soya organik.
Vitamin E dari minyak kacang soya ini adalah dalam bentuk D-alpha-tocopherol yang di mana jenis Vitamin E ini sangat mudah diserap dalam tubuh badan.
65mcg Selenium: Vitamin E Shaklee juga mengandungi 65mcg Selenium. Selenium ini membantu untuk melengkapi aktiviti Vitamin E supaya ia dapat berfungsi dengan lebih optimum dalam badan.
Selenium adalah sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat. Ia juga membantu penyerapan Vitamin E dengan lebih optimum.
38mg Ekstrak Biji Anggur: Biji anggur juga mempunyai antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini mampu untuk melindungi dan baiki sel-sel badan yang rosak akibat radikal bebas.
Vitamin E Shaklee mengandungi 38mg Ekstrak Biji Anggur yang lengkap dengan “Proantosianidin” yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang baik.
![]() |
Keistimewaan & Kelebihan Vitamin E Shaklee |
Fungsi Vitamin E Shaklee kepada tubuh badan kita
1. Mengekalkan Kulit sentiasa Berseri
Vitamin E sangat tinggi dengan antioksidan, jadi ia mampu untuk lawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
Vitamin E membantu untuk kuatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan, terutamanya kerosakan akibat Sinaran UV yang menyebabkan jeragat dan sunburn. Ia bertindak sebagai sunblock dalaman.
Vitamin E juga berfungsi sebagai antiradang semulajadi yang bantu untuk meredakan dan menenangkan kulit. Sebagai contoh, Vitamin E bantu kurangkan kulit perit kemerahan akibat terik cahaya matahari.
2. Menyokong Kesihatan Penglihatan
Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan katarak. Ia juga mampu mengurangkan 20% risiko AMD (kemerosotan mata disebabkan penuaan).
Antioksidan yang tinggi di dalam Vitamin E juga mampu mengurangkan risiko kerosakan sel mata akibat sinaran UV.
3. Menyokong Kesihatan Jantung
Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan secara langsung dapat mengekalkan kesihatan jantung. Ia menjadikan jantung dapat berfungsi dengan optimum.
Vitamin E juga dapat menghalang oksidasi kolestrol LDL (iaitu kolestrol jahat), untuk mengurangkan risiko pembentukan plak pada salur darah.
Ini yang membuatkan peredaran darah smooth dan bantu kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 liter darah sehari.
4. Fungsi Otak Lebih Baik
Vitamin E membantu menambah baik fungsi kognitif otak. Kajian mendapati bahawa Vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
Hebatnya Vitamin E ni, ia mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.
5. Menambah Baik Kualiti Sperma
Vitamin E membantu melindungi sel membran sperma daripada kerosakan. Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi dan jadikan sperma lebih berkualiti, dapat bergerak aktif dan hidup lama.
Ada kajian menunjukkan fungsi Vitamin E sebagai antioksidan yang mampu melindungi kualiti sperma, sekaligus meningkatkan bilangan sperma yang sihat. 690 orang lelaki tidak subur diberikan suplemen Vitamin E dan Selenium selama 14 minggu.
![]() |
Vitamin E untuk kesuburan lelaki |
Hasilnya, 52.6% menunjukan penambahbaikan dari segi pergerakan sperma, morfologi (ciri-ciri sperma normal), atau kedua-duanya. Sperma yang berkualiti dan sihat sangat membantu untuk tingkatkan peluang hamil bagi wanita.
Dapatkan Vitamin E Shaklee sekarang
Vitamin E Shaklee sangat berkualiti tinggi seperti mana yang Jeely dah huraikan pada “Keistimewaan dan Kelebihan Vitamin E Shaklee” di atas.
Vitamin E Shaklee dihasilkan dari bahan semulajadi yang organik bukan dari bahan tiruan (dari gabungan bahan kimia). Jadinya, Vitamin E Shaklee sangat selamat di consume pada jangka masa yang lama.
Boleh klik sini untuk order Vitamin E Shaklee dari Jeely. Guide cara makan yang betul untuk setiap kastemer Jeely.
Hubungi Jeely
Jeely: 013-7115530 / Whatsapp
IG: shakleeby.Jeely
FB PAGE: Pengedar Shaklee
#ingatjeelyingatshaklee
Comments
Post a Comment