Posts

Showing posts from July, 2023

4 Tips Mudah untuk Berjaya dalam Bisnes Online

Image
Kalau kita perhatikan sekarang ni ramai yang berniaga online. Dari makanan, pakaian, barang kecantikan, servis dan bermacam lagi hanya dengan “Bisnes Online” sahaja. Tips Bisnes Online Disini Jeely akan share “Tips Bisnes Online”, bagaimana kita nak berjaya dalam bisnes online dan maintain “kedai” online kita. 4 Tips Mudah untuk Berjaya dalam Bisnes Online Tips #1: Tetapkan Masa untuk Bisnes Online   Walaupun Bisnes Online kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja, tapi tak bermakna kita tak perlukan jadual. Jadual ni akan membantu kita untuk uruskan masa dengan betul antara bisnes online, kerja (jika yang bekerja makan gaji) dan juga kehidupan seharian.  Bila buat jadual, akan nampak lebih teratur, bila waktu untuk kerja hakiki, bila waktu nak settelkan “kerja di rumah”, bila waktu nak fokus bisnes online, dan bila waktu untuk anak-anak. Sehari fokus 2-3 jam untuk bisnes online. Gunakan masa ini sepenuhnya tanpa gangguan. Tips #2: Rajin update Media Sosial Bila buat Bisnes Online, kita

Kerja Dari Rumah, Jana Pendapatan

Image
Zaman sekarang kos hidup semakin meningkat membuatkan ramai orang yang menjana pendapatan tambahan ( side income / extra income ) untuk menampung kos sara hidup mereka. Surirumah juga tidak terkecuali untuk membuat side income dengan “ kerja dari rumah ” demi membantu perbelanjaan rumah atau apa sahaja.  Kerja dari rumah Kelebihan Kerja Dari Rumah 1. Banyak masa dengan keluarga Bagi mereka yang kerja dari rumah, semestinya lebih banyak masa yang boleh diluangkan bersama keluarga. Momen bersama keluarga sangat mahal, antaranya melihat anak membesar depan mata tanpa hantar ke pengasuh. Bagi surirumah pula, kita akan rasa seronok bila dapat memasak makanan untuk keluarga tak kira masa, rasa puas bila tengok mereka makan kan. Bestnya lagi, kita juga boleh dapat duit poket sendiri dengan buat kerja dari rumah.  2. Masa kerja yang fleksibel Kerja dari rumah ni tak memerlukan kita untuk ikut “ timing ” yang strict . Kalau kita rasa nak kerja pukul 10am, terus je buat. Nak kerja pukul 10pm pu

Punca Jeragat dan Petua Hilangkan Jeragat dengan Berkesan

Image
Jeragat adalah masalah kulit yang berlaku kepada kebanyakan orang, terutamanya kepada mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang boleh muncul di bahagian muka. Warnanya agak gelap berbanding warna asal kulit muka. Jeragat pada wajah Jeragat ni tak merbahayakan, cuma ia membuat mereka yang ada masalah jeragat ni jadi low self konfiden terhadap penampilan mereka. Tapi bila dibiarkan jeragat boleh menjadi semakin banyak pada kulit. Punca Jeragat Punca #1. Terdedah kepada Sinaran Matahari Jeragat terjadi disebabkan oleh pendedahan kulit kepada sinaran matahari secara berlebihan. Sinaran matahari ni boleh tembus sehingga ke DNA sel kulit kita dan merosakkan sel-sel kulit. Sinaran Matahari akan mengeluarkan sinaran UV (Ultraviolet) yang terdiri daripada UVA & UVB. Sinaran UV ini sangat merbahaya! Bila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari, ia akan menghasilkan melanin untuk protect kulit kita. Melanin ni pigment yang berwarna gelap pada kulit.  Sem