Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat
Bagi pengidap kencing manis mereka bukan sahaja konsisten dengan ubat doktor malah banyak petua kencing manis dari sumber yang selamat boleh digunakan. Cik Jeely akan kongsikan petua kencing manis yang sudah lama diamalkan sejak dahulu. Anda boleh juga lihat disini untuk mengetahui tanda-tanda kencing manis peringkat awal. Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat 1.Peria Katak PERIA KATAK Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia mengandungi 3 bahan aktif untuk masalah kencing manis. Antaranya ialah Charantin yang membantu untuk merendahkan paras gula dalam darah, Vicine dan juga Polypeptide-P iaitu sejenis bahan seperti insulin. Insulin ini sangat penting kerana ia bekerja dengan menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tiada insulin- gula tidak dapat ditukar kepada tenaga- paras gula akan semakin tinggi dalam darah dan berisiko memberi kesan keatas saraf, mata, buah pinggang,dll. Cara menggunakan peria katak sebagai petua hanya d...