Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal
Kencing manis adalah penyakit yang melibatkan hormon Insulin dimana ianya menjadi teruk apabila pankreas seseorang pesakit telah gagal berfungsi untuk menghasilkan Insulin. Insulin ini sangat penting untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Apabila gula dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga, ini akan menyebabkan kadar gula dalam darah semakin tinggi, dan terhasillah kencing manis. Awas! Kadang-kala, ada pesakit yang tidak perasan sebenarnya mereka sudah lama terkena penyakit kencing manis ini. Jadi, di sini Cik Jeely akan kongsikan tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang perlu anda tahu.
TANDA-TANDA KENCING MANIS PERINGKAT AWAL |
5 Tanda-Tanda Kencing Manis Peringkat Awal
1.Kerap membuang air kecil dan selalu rasa dahaga
Disebabkan gula yang tinggi dalam darah, air akan ditarik masuk ke dalam aliran darah dan kemudiannya disalurkan ke pundi kencing. Ini akan menyebabkan seseorang itu kerap buang air kecil daripada biasanya. Oleh sebab kebanyakan air telah disalurkan menjadi air kencing, ini akan menyebabkan seseorang itu juga sentiasa berasa dahaga.
2.Badan cepat letih dan kehilangan berat secara drastik
Secara saintifiknya, insulin diperlukan untuk menukarkan gula dalam darah kepada tenaga. Tetapi, akibat kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin, gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga dan menyebabkan badan cepat terasa letih kerana kekurangan tenaga untuk menampung aktiviti seharian.
Selain itu, akibat gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga juga menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak kepada tenaga. Kesan dari ini seseorang itu akan kehilangan berat badan yang drastik walaupun dia mengambil makan seharian seperti biasa.
3.Penglihatan mata semakin kabur
Kesan daripada paras gula yang tinggi dalam darah, ia boleh merosakkan saluran-saluran darah kecil yang menyebabkan kerosakan pada mata (akan menjadi semakin kabur), kerosakan pada buah pinggang dan juga pada saraf. Jika masalah ini dibiarkan begitu lama tanpa sebarang rawatan, berkemungkinan seseorang itu mungkin akan buta.
4.Sering kebas tangan dan kaki
Antara tanda-tanda kencing manis peringkat awal yang lain ialah, seseorang itu akan sering berasa kebas pada tangan dan kaki, kesemutan atau bengkak. Ini kerana sistem saraf atau pembuluh darah telah mengalami kerosakan dan menyebabkan darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.
5.Luka lambat untuk sembuh
Paras gula yang tinggi dalam darah juga boleh menjejaskan keupayaan penyembuhan badan, sistem imun dan proses untuk membantu tubuh sembuh tidak dapat berfungsi dengan baik jika paras gula tinggi.
Ini akan menyebabkan jika seseorang tu mengalami luka, proses untuk luka itu sembuh akan menjadi perlahan berbanding biasa. Jika dibiarkan boleh menyebabkan luka itu merebak lebih teruk dan membahayakan.
Kesimpulan
Setiap orang perlulah memerhatikan perubahan luar dari kebiasaannya pada tubuh badan mereka. Jika ada tanda-tanda kencing manis peringkat awal ini pada diri, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapat khidmat nasihat dan rawatan. Supaya penyakit kencing manis ini dapat disembuhkan selagi belum terlambat.
** Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee untuk kencing manis atau apa sahaja, sila hubungi:
Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik
Comments
Post a Comment