Khasiat Peria Katak yang Mengagumkan

Peria katak adalah sejenis buah/sayuran yang paling pahit berbanding yang lain. Nama saintifik peria katak adalah Momordica Charantia yang tergolong dalam keluarga Cucurbitaceae. Ramai tahu khasiat peria katak untuk penyakit kencing manis. Tetapi, disini Cik Jeely akan senaraikan beberapa khasiat peria katak yang menakjubkan, yang berkemungkinan ramai tidak tahu. 

PERIA KATAK YANG BANYAK KHASIAT


7 Khasiat Peria Katak yang Menakjubkan

1.Untuk kencing manis

Peria katak mengandungi bahan-bahan aktif untuk masalah kencing manis iaitu Charantin yang berfungsi merendahkan kadar glucose/gula dalam darah (memberi kesan hipoglisemik). Ia juga mengandungi sebatian yang dipanggil Vicine, dan juga ada bahan seperti insulin dikenali sebagai Polipeptide-P.

Kesemua bahan aktif di dalam peria katak ini, mereka bekerja secara individu kerana tugas setiap satu berbeza, tetapi tetap bekerjasama dalam membantu merendahkan paras glucose/gula dalam darah, dan juga dapat mengurangkan rintangan insulin (insulin resistance). 

2.Untuk menurunkan berat badan

Peria katak mengandungi kalori yang sangat rendah, disamping mempunyai fibre/serat yang sangat tinggi. Malah, peria katak juga mengandungi pelbagai nutrient lain seperti vitamin B1, B2, B3, C, Magnesium, Folat, Zink, Fosforus dan Manganese. Jadi, ianya sangat sesuai bagi mereka yang mengamalkan diet sihat untuk kekal langsing. 

3.Untuk tenaga

Dengan mengamalkan jus peria katak setiap hari, ia boleh membekalkan tenaga dan stamina, juga boleh mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu. 

4.Untuk kesihatan mata

Peria katak mengandungi dua kali ganda beta karotene berbanding brokoli, disebabkan beta karotene dalam peria katak tinggi, ia boleh membantu masalah penglihatan mata.

5.Untuk imuniti badan

Mengamalkan peria katak setiap hari boleh meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan dengan mengurangkan jangkitan bakteria dan virus.

6.Untuk masalah kulit

Mengamalkan diet yang mengandungi peria katak mampu mengurangkan psoriasis, ekzema dan juga penyakit fungus yang lain seperti kurap, dll. Ini kerana peria katak mengandungi vitamin C yang baik untuk kulit dan kesihatan badan.

7.Untuk anti-oxidant

Peria katak mengandungi high anti-oxidant yang membantu badan untuk menghindar dari kanser, juga membantu dalam proses rawatan kanser pankreas dengan mengawal kadar glucose/gula dan membunuh sel kanser. 

Selain itu, high anti-oxidant ini juga mampu menghindarkan dari pesakit kencing manis dari mengalami buta, strok, kaki kebas, serangan jantung, sakit buah pinggang.

Tahukah anda!

Peria katak hidup di kawasan tropika dan subtropika iaitu di Amerika Selatan, Asia, bahagian-bahagian Afrika dan Caribbean. Saiz, tekstur, kepahitan adalah berbeza mengikut di mana negara ia tumbuh. 

HATI-HATI

❗️Pengambilan peria katak (khususnya untuk masalah kencing manis) haruslah berunding dulu dengan doktor untuk memastikan kadar pengambilan yang selamat dan juga ia selamat digunakan bersama ubat kencing manis.

❗️Ibu hamil tidak digalakkan mengambil terlalu banyak peria katak atau jus peria katak kerana ia boleh merangsang rahim menyebabkan kelahiran pramatang. 

**Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee sila hubungi:
Cik Jeely 013-7115530
(ID 1259311)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: theandik 












Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Petua Kencing Manis dari Sumber yang Selamat

Resepi Peria Katak Goreng Rangup

Cara Detox Badan, Hati, Usus Dengan DTX Complex Shaklee