Amalan Gaya Hidup Sihat dengan 4 Langkah Mudah
Zaman sekarang ni kalau kita tengok ramai orang dah “aware” dengan amalan gaya hidup sihat. Mereka dah semakin cakna untuk menjaga kesihatan seiring dengan dunia yang semakin moden ni.
Tahu kan, Malaysia antara negara yang tertinggi mencatatkan kes Obesiti. Ditambah pula zaman sekarang banyak makanan viral yang terlampau sedap!
Tapi itu tak menghalang kita untuk tetap amalkan gaya hidup sihat. Setuju?
Jom, Jeely kongsikan 4 Langkah Mudah untuk Amalan Gaya Hidup Sihat.
Langkah #1: Amalkan diet yang seimbang
Makan makanan yang sihat dan seimbang |
Pemilihan makanan juga penting. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula, yang berminyak dan bergoreng, yang di proses seperti nuget, sosej, fries, dll.
Untuk amalan gaya hidup yang sihat, kita perlu jaga portion dan kalori intake seharian apa kita makan. Amalkan suku-suku-separuh.
Kita boleh banyakkan makanan yang rendah glisemik indeks, makanan yang mengandungi “complex carbo”. Lebihkan pengambilan protein berbanding karbo. Lagi elok protein dari sumber tumbuhan kerana ia tidak mengandungi lemak dan kolestrol.
Langkah #2: Bergerak aktif
Luangkan masa untuk melakukan aktiviti fizikal |
Hidup secara aktif dengan sentiasa melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Sebagai contoh, kita boleh berkebun, mengemas rumah, naik turun tangga ofis (instead of naik lift), berjoging, brisk walk, pergi gym, bersukan dan beriadah, dan macam-macam lagi aktiviti.
Bergerak aktif ni bagus untuk meningkatkan stamina dan bagus untuk kesihatan jantung kita. Ia juga mampu mengurangkan risiko dari terkena penyakit kronik.
Sehari tu kita hanya perlukan atleast dalam 30min untuk lakukan bergerak aktif dengan aktiviti fizikal ni. Lakukan dengan fokus dan konsisten setiap hari, pasti kita akan rasa perubahan kesihatan yang lebih baik.
Langkah #3: Dapatkan rehat yang cukup
Badan tak cukup rehat boleh menyebabkan badan “meradang” dan stress. Bila ini berlaku, ia boleh menyebabkan kita mudah jatuh sakit.
Tidur yang cukup 7-8 jam dan tidur yang berkualiti juga sangat penting. Ia mampu buatkan badan kita lebih fresh bila bangun pagi.
Selain itu, tidur yang cukup dan berkualiti penting untuk kesihatan jantung, bantu mood kita okay, bantu kawal metabolisma dan berat badan, bantu tingkatkan sistem imun, dan juga bantu merangsang memori dan otak kita.
Langkah #4: Pengambilan Suplemen secara bijak
Suplemen penting untuk kesihatan
Bijak dalam pemilihan suplemen. Cari suplemen dari sumber semulajadi dan organik. Makan “essential vitamin & minerals” seperti Vitamin C, Vitamin A-D-E-K, Zinc, Iron, Kalsium, Vitamin B, protein, dll yang boleh membantu badan kita kekal bertenaga dan sihat.
Ye semua Vitamin ini kita boleh jumpa dalam “real food” seperti sayuran dan buahan. Tapi isunya sayuran dan buahan zaman sekarang kebanyakan disembur racun dan juga telah di GMO kan. Tanah juga kurang subur. Ini antara penyebab zat nutirisi sayuran dan buahan semakin berkurang.
Oleh tu, kita memang kena ambil suplemen atau “makanan tambahan” ni untuk “topup” vitamin yang kurang dalam badan.
Kesimpulan
Amalan gaya hidup sihat sangat mudah untuk diamalkan jika kita ikut semua langkah di atas. Paling penting kena tetapkan pendirian, fokus dan konsisten untuk ubah cara hidup menjadi lebih sihat!
Jom semua kita mulakan sekarang :)
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: shakleeby.jeely
YT: Jeelyana Andik Makah
Nak dapatkan produk Shaklee: klik sini
Nak daftar ahli Shaklee: klik sini
#ingatjeelyingatshaklee
Comments
Post a Comment