Berani Berimpian Besar- Kata Motivasi Diri
Bak kata orang “angan-angan biar setinggi langit, kerana angan-angan itu kan percuma!” Ye betul sangat tu. Dari angan-angan tercipta impian, dari impian jadi kenyataan.
Kata-kata Motivasi yang Jeely suka |
Ini antara kata-kata Motivasi yang Jeely suka, “Dream Big, Work Hard, Stay Focused and Surround Yourself with Good People”.
Dream Big
Mereka yang ingin berjaya adalah mereka yang BERANI BERIMPIAN BESAR! Dulu waktu kecil, Jeely sangat suka berniaga. Sampai masuk Universiti pun ambil kos Perniagaan.
Sekarang ni, Jeely buat buat Bisnes Shaklee. Impian Jeely bukan berhenti setakat tu je tau, bila Jeely dah dapat bonus besar dari Shaklee nanti, duit bonus tu Jeely nak bina Homestay dan buka Home Cafe yang cantik dan estetik area Homestay tu. Bestnyaa!
Gambar ni arwah Ayah Jeely yang frame-kan. Dia cakap nak buat “pondok” macam ni. |
Bisnes Shaklee tetap aktif InsyaAllah sampai bila-bila. Nak beli Shaklee klik sini ye, nak join bisnes Shaklee klik sini. Tapi pada masa yang sama Bisnes Homestay & Home Cafe tetap Onss juga. Sebab dua-dua ni passion Jeely. Doakan tau Big Dream Jeely ni.
Work Hard and Stay Focused
Nak berjaya kena ikut Sunnahtullah. Kena berusaha sehabis baik, tetap jalan walau kita rasa malas, rasa nak give up, rasa banyaknya dugaan. Semua benda ni buatkan kita kuat sebenarnya.
Allah dah janji, bila kita berusaha DIA pasti akan bagi ganjaran. Percaya je dengan JANJI ALLAH ni. Kita buat je kerja kita dengan Niat yang betul. Usaha, Doa & Tawakal kena seiring.
Surround Yourself with Good People
Ini sangat betul! Orang sekeliling secara tak langsung akan effect kepada diri kita. Bila kita selalu bergaul dengan orang yang Negatif, aura Negatif tu akan masuk dalam diri kita.
Bila kita suka bergaul dengan orang yang Positif pula, aura Positif tu kita pun akan dapat rasa dan diri kita akan “tunjuk” aura postif tu. Kita akan rasa lebih bersemangat, lebih tenang, lebih ceria dan selalu berfikiran positif.
Jaga “circle kita”, dengan siapa kita selalu bergaul, dengan siapa kita selalu dapatkan nasihat. Kalau kita nak go higher, selalulah berjumpa dan bergaul dengan orang-orang yang dah BERJAYA!
“Berimpian-lah setinggi langit. Kerana mereka yang berjaya bermula dari sebuah impian yang tinggi!” -Jeely-
FB: Jeelyana Andik Makah
IG: shakleeby.jeely
YT: Jeelyana Andik Makah
Comments
Post a Comment