Tips pergi Open House Hari Raya
Waktu puasa haritu Jeely yakin, mesti ramai yang berjaya turun berat kan? Tahniah untuk korang dan Jeely! Hehe. Bila tiba Hari Raya, berat naik pula. Ye kita senasib, sobs…
Tapi jangan stress, ini normal. Lagi pula Hari Raya Open House ni memang banyak makanan sedap-sedap. Bagi menghormati tuan rumah, kita haruslah makan juadah yang dihidang :)
Meriah dengan pelbagai juadah yang enak! |
Ni Jeely kongsikan tips macam mana kita nak control makan di Open House Hari raya.
Kita masih boleh menikmati segala juadah Hari Raya Open House dengan gembira tanpa rasa bersalah!
Tips pergi Open House Hari Raya sambil jaga berat badan
Tips #1: Makan berpada-pada
i) Boleh minum air manis/bergas, TAPI…
Boleh je kita nak minum air bergas atau air manis, tapi jangan banyak. Minum buat ghaso-ghaso je. Jaga hati tuan rumah juga dengan minum seteguk dua jadilah.
Air bergas & manis tinggi kalori! |
Air manis dan bergas ni sangat tinggi kalori. Ia tak mengenyangkan kita pun, tapi kalori dia umpama macam kita makan nasi berlauk sepinggan. Bila terlebih kalori, ini punca berat badan naik.
ii) Boleh makan juadah Hari Raya, TAPI…
Hari Raya Open House ni memang banyak sangat makanan sedap-sedap. Kita boleh makan kuih raya, lemang, lodeh, rendang, kek lapis sarawak (favourite saya ni hehe).
Tapi kena lah makan dalam kuantiti yang berpada-pada. Kita makan untuk “menikmati rasa makanan” tu. Jangan makan untuk rasa kenyang sampai tak boleh nak bangun.
Pergi beraya kena rasa gembira menikmati juadah semua. Syukur dengan nikmat rezeki makanan, tetapi jangan berlebihan.
iii) Cuba makan buah dan sayur lebih
Jamuan Hari Raya di Tadika anak, Jeely bawa buah ni. |
Kalau tuan rumah ada hidangkan buah-buahan dan sayuran macam salad, timun, tomato, dll. Bolehlah ambil lebih yang ini. Makanan tinggi fibre macam ni bantu untuk pembuangan yang lebih lancar.
iv) Wajib minum air/plain water dengan banyak
Bila beraya kita dah minum & makan yang manis-manis, bolehlah bilas semula dengan plain water.
Jangan silap, ia tak boleh “hapuskan” pun kalori minuman/makanan manis yang kita dah makan tu. Tapi! Ia bantu badan kita untuk jalankan “aktiviti” membuang benda/sisa tak perlu dengan lancar.
Malah bila bilas dengan plain water, tekak pun akan rasa lebih lega bila dah minum/makan benda manis. Bagi saya, ia bantu elak dari sakit tekak & elak badan dari “meradang”.
Tips #2: Kena bergerak aktif
Walaupun Hari Raya hari untuk bergembira, pergi berkunjung ke rumah sanak saudara. Jangan lupa juga untuk aktifkan diri, supaya badan sihat, jantung juga sihat.
Kita boleh bergerak aktif dengan cara bersenam, mengemas rumah, berkebun atau apa sahaja aktiiti yang memerlukan untuk kita aktif bergerak.
Bila beraya kita banyak berjalan dari rumah ke rumah kan, kita boleh juga kira step atau counting step. Boleh set target 10 ribu langkah sehari sambil beraya.
Secara tak langsung, semua aktiviti ini membantu kita untuk membakar kalori yang berlebihan. Mana tahu kita termakan rendang lebih ke, kuih makmur lebih ke. Hehe.
Tips #3: Track kalori apa kita makan
Jika nak mudah, boleh guna apps: MyFitnessPal (ini apps yang selalu Jeely guna untuk kira kalori seharian).
Bila kita track record segala yang kita makan, mudah untuk kita cek balik & burn balik kalori yang berlebihan itu. Mula-mula akan rasa sedikit leceh. Tapi lama-kelamaan akan rasa mudah je!
Kesimpulan
Tidak kira waktu Hari Raya atau apa-apa majlis jamuan makan yang lain, kita kena sentiasa beringat untuk makan berpada-pada dan jangan berlebihan!
Nikmati setiap makanan yang kita makan dan syukuri segala nikmat yang telah diberi oleh Yang Maha Esa.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG JEELY :)
#ingatjeelyingatshaklee
Comments
Post a Comment