4 Tips Mudah untuk Berjaya dalam Bisnes Online

Kalau kita perhatikan sekarang ni ramai yang berniaga online. Dari makanan, pakaian, barang kecantikan, servis dan bermacam lagi hanya dengan “Bisnes Online” sahaja. Tips Bisnes Online Disini Jeely akan share “Tips Bisnes Online”, bagaimana kita nak berjaya dalam bisnes online dan maintain “kedai” online kita. 4 Tips Mudah untuk Berjaya dalam Bisnes Online Tips #1: Tetapkan Masa untuk Bisnes Online Walaupun Bisnes Online kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja, tapi tak bermakna kita tak perlukan jadual. Jadual ni akan membantu kita untuk uruskan masa dengan betul antara bisnes online, kerja (jika yang bekerja makan gaji) dan juga kehidupan seharian. Bila buat jadual, akan nampak lebih teratur, bila waktu untuk kerja hakiki, bila waktu nak settelkan “kerja di rumah”, bila waktu nak fokus bisnes online, dan bila waktu untuk anak-anak. Sehari fokus 2-3 jam untuk bisnes online. Gunakan masa ini sepenuhnya tanpa gangguan. Tips #2: Rajin update Media Sosial Bila buat Bisnes Onl...