4 Tips Mudah untuk Berjaya dalam Bisnes Online
Kalau kita perhatikan sekarang ni ramai yang berniaga online. Dari makanan, pakaian, barang kecantikan, servis dan bermacam lagi hanya dengan “Bisnes Online” sahaja.
![]() |
Tips Bisnes Online |
Disini Jeely akan share “Tips Bisnes Online”, bagaimana kita nak berjaya dalam bisnes online dan maintain “kedai” online kita.
4 Tips Mudah untuk Berjaya dalam Bisnes Online
Tips #1: Tetapkan Masa untuk Bisnes Online
Walaupun Bisnes Online kita boleh lakukan bila-bila masa sahaja, tapi tak bermakna kita tak perlukan jadual. Jadual ni akan membantu kita untuk uruskan masa dengan betul antara bisnes online, kerja (jika yang bekerja makan gaji) dan juga kehidupan seharian.
Bila buat jadual, akan nampak lebih teratur, bila waktu untuk kerja hakiki, bila waktu nak settelkan “kerja di rumah”, bila waktu nak fokus bisnes online, dan bila waktu untuk anak-anak.
Sehari fokus 2-3 jam untuk bisnes online. Gunakan masa ini sepenuhnya tanpa gangguan.
Tips #2: Rajin update Media Sosial
Bila buat Bisnes Online, kita tak ada “kedai fizikal” yang bila mana orang nampak kedai kita dan boleh datang ke kedai kita untuk membeli.
Oleh sebab kedai kita berada di alam maya, kita kena selalu war war di media sosial yang “kedai” kita sentiasa open 24jam. Caranya, kita kena kerap dan rajin update di media sosial berkaitan bisnes kita. Biar orang tahu apa yang kita jual dan ingat kalau nak membeli produk tersebut terus cari kita.
Tips #3: Rajin “keluar” cari kenalan baru
Bisnes Online tidak cukup dengan hanya kita update di media sosial sahaja. Kita juga perlu “keluar” dan cari ramai kenalan baru atau prospek.
Rajin bertegur sapa di media sosial sangat membantu orang kenal kita dan tahu apa yang kita buat (bisnes). Boleh join group-group di media sosial dan tambah kenalan baru.
Tips #4: Home Office
Sediakan satu ruang khusus dalam rumah kita untuk kita jalankan bisnes online. Environment seperti berada dalam ofis juga membantu mood kita untuk berkerja (walaupun hanya online di rumah).
![]() |
Idea ruangan khusus untuk bisnes online di rumah |
Selain itu, ruang khusus atau “Home Office” ini juga boleh mengelakkan gangguan dari anak-anak. Bila anak nampak kita berada dalam “ofis” kita, mereka akan tahu “Oo mama tengah kerja, jangan ganggu mama”. :)
Inilah antara 4 Tips Bisnes Online yang Jeely boleh kongsikan untuk korang semua. Paling penting kena konsisten dalam bisnes online ni.
Semoga semua tips bisnes online ini member manfaat kepada yang membaca blog Jeely :)
Nak join bisnes Online Jeely?
Boleh klik sini.
Jeely akan guide step by step. Segala material untuk posting di media sosial akan disediakan. Jom!
IG: shakleeby.jeely
FB Page: Pengedar Shaklee Johor Bahru, Stokis Shaklee Pontian
#ingatjeelyingatshaklee
Comments
Post a Comment